Read, Discover, Understand and Learn

Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Semalam

Bayt al-Qalb

sOon ~ new updates insya Allah

Posted on April 6, 2010 at 9:03 PM Comments comments (0)


a good start :)

Posted on January 29, 2010 at 12:20 AM Comments comments (0)

Bismillahirrahmanirrahim …

 

Selembut kata menyusun bicara,

Seindah bahasa tersusun sempurna,

Kalam diatur memulakan ceritera,

Kemilau sukma menikam jiwa.

 

Bukan berniat ingin berpujangga,

Bukan juga mereka cerita,

Hanya berkisah pada yang selayaknya,

Hanya bermadah tentang yang sepatutnya.

 

Malunya rasa memilih kata,

Menjaring kisah pengganti bicara,

Hinanya diriku di mata Tuhanku,

Moga Kau terima aku di sisi Mu.

 

Buat sahabat2 dan semua yang sudi menjenguk bayt yang serba dhaif ini, ucapan terima kasih ku dahulukan. Maaf jua andai ada tulisan yang sebelumnya mengguris rasa kalian. Diri ini sering alpa dan leka. Lupa dan lagha. Tegurlah andai ada pincang di mana-mana.

 

* * *

 

Cepat sungguh masa berlalu. Dah di penghujung Januari pun ye. Allahuakbar! Benar, Disember dan Januari ku sangat padat. Hanya Allah tempat ku sandarkan segala kelelahanku. Subhanallah. Terima kasih ya Allah :D Tanpa Mu pasti saja aku terumbang ambing, tidak terurus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sepanjang hari2 yang telah berakhir ini.

 

Alhamdulillah ~ Adilnya diri Mu wahai Khaliq ku. Kau berikanku segala kesibukan, namun perancangan dan aturan Mu amat mengharukanku. Sempurna! Allahuakbar! Indah sungguh rasa tatkala seluruh jiwa dan pergantungan, ku serahkan pada Mu ya Allah :roll:

Sejujurnya duhai sahabat2 yang ku sayangi, tiada langsung persediaan yang sewajarnya ku lakukan bagi tiga sesi pembentangan yang lepas. Bagi subjek Ulum al-Qur’an, tajuk kumpulan ku adalah ‘Asbaabunnuzul’ ~ subjek Undang2 Kontrak pula ‘Pelaksanaan & Pelepasan Kontrak di Malaysia’ ~ subjek Islamic Administration & Management pula ‘pembentangan kertas kerja berdasarkan konsep PLOC’.

Waktu pembentangan itulah saat pertama aku membaca bahan yang perlu dihujahkan. Innalillah.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui sederas apakah getaran di hatiku. 

 

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

 

* * *

 

Untuk entri kali ini, insya Allah ada 2 album gambar yang akan ku upload. Satu adalah album sewaktu perkhemahan rekreasi & kembara (group A) di Botanical Garden, Air Keroh pada 15 – 17 Januari yang lepas. Manakala, satu album lagi adalah gambar sewaktu program khidmat masyarakat di Batu 6, Bangi yang berlangsung pada 23 Januari yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Berkat doa semua dan tautan hati kita amiiin :wink:

 

* * *

 

Mungkin entri kali ini agak panjang, banyak yang ingin ku kongsikan. Antaranya cebisan isi dari buku kecil yang baru ku perolehi berjudul “Pesonanya Malu”.

 

{ APABILA MALU TIDAK BERFUNGSI ~

Apakah keistimewaan wanita sehingga menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita berbeza dengan lelaki dan mempunyai banyak kelainan.

Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”

HR Baihaqi.

Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ia tetap menarik perhatian lelaki. Jika dia melakukan sesuatu kebaikan, dia dikagumi. Apabila dia berbuat jahat, dia diminati. Apabila dia memakai pakaian yang menutup aurat, dia dilihat menawan. Apabila berpakaian seksi dilihat menggoda dan macam2 lagi yang menarik perhatian. }

 

{ MALU DI KALANGAN LELAKI ~

Kerana malu, lelaki mengingatkan diri dan wanita tentang batas2 sosial, pergaulan halal dan haram. Kerana malu juga lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. Kini, kebanyakan lelaki sudah hilang malunya. Kerana hilang malu, lelaki mengajak wanita melakukan perkara mungkar. Kerana hilangnya malu, lelaki lupa tentang hukum Allah s.w.t. Kerana hilangnya malu, lelaki mungkin hilang taraf sebagai ‘khalifah’! }

 

{ MALU MELAHIRKAN KASIH SAYANG ~

Malu seorang isteri sebenarnya dibina sejak awal pertunangan. Dalam Islam, urusan peminangan tidak boleh dibuat secara langsung kepada gadis. Urusan peminangan mestilah melalui bapa, ibu atau waris gadis tersebut. Itu adalah adatnya. Seorang gadis pula tidak boleh berkata secara terang bahawa dia bersetuju untuk berkahwin. Jika gadis itu berdiam diri bermaksud dia setuju dengan perkahwinannya. Dari sinilah dikatakan, “malu itu tandanya setuju.” }

 

Kali ini, akan ku biarkan kalian menganalisis dan mendalami maksud di sebalik setiap petikan isi kandungan buku itu. Fahamilah dengan jiwa yang murni, telusurilah dengan mata hati yang terbuka :roll:

 

Dari hadith riwayat Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Apabila seseorang menunjukkan ghairah atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukan, ia akan menjadi keburukan dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan, ia akan menjadi indah.

HR Tirmidzi.


^^ everlasting LOVE ^^

Posted on December 20, 2009 at 8:15 PM Comments comments (0)

Salam kasih … salam sayang

buat semua yang kukasihi dan kusayangi kerana Nya :D

 

Kita sudah melewati tahun baru hijrah dengan izin Allah yang Maha Pemurah.

Andai kita tidak diberikan keizinan ini, mungkin sahaja kita tak akan pernah mampu melalui hari-hari ini dengan selamat dan teratur. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas segala kemurahan dan kemuliaan Rahmat Mu.

Hanya pada Mu kami sujud menyembah, hanya pada Mu kami tangis mengadu, hanya pada Mu kami kekal memohon.  

 

* * *


Sabtu yang lepas, Allah jua yang memberikan aku kesempatan meng upload gambar-gambar di program ‘Fun @ Masjid’ yang ku janjikan tempoh hari. Di samping itu, ada lagi dua album yang terdapat di Goldtinted’s Gallery. Sedikit akan ku ceritakan tentang gambar-gambar tersebut. Untuk gambar walimah yang mana pengantinnya sangat cantik! Hehe. Itu sahabatku, Hafizah bt. Isa. Kami  sama-sama pernah berkongsi suka duka sewaktu diploma dahulu. Di tahun akhir pengajian, kami ditaqdirkan menyewa rumah yang sama dan menghuni bilik yang sama. Subhanallah! Indahnya saat itu. Aku tahu bertemunya kami pasti akan membibitkan banyak kenangan manis dalam diri kami masing-masing.


Manakala, untuk gambar yang latarbelakangnya sangat ceria itu pula adalah gambar-gambar ketika rakaman rancangan TV terbitan JAKIM. Perincian tentang rancangan tersebut, sila klik link ini :D Seramai 40 pelajar muslimat dari KUIS yang turut serta sebagai penonton rancangan 'Adik-adikku' tersebut. Kami dijemput untuk menjadi penonton bagi peringkat separuh akhir kedua (sebanyak 3 episod). Subhanallah adik-adik yang menyertai program realiti ini sangat hebat! Aku kagum. Di samping para 'Murabbi' a.k.a mentor mereka yang bukan calang-calang figure juga. Nantikan siarannya ya ~ bagiku ini adalah medium ilmiah yang sangat baik untuk melatih & mentarbiah 'buluh' yang masih 'rebung'. Semoga kita yang sudah 'rebung' ini juga mendapatkan input yang banyak dari mereka insya Allah :)

 

* * *

 

29 Disember 2009 ~ Selasa

 

Hari ini rasa ingin senyum selalu. Entah kenapa. Subhanallah. Indahnya ketenangan yang Allah anugerahkan buatku. Damainya hati ini. Sedari semalam ku rasakan damai itu. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui setiap rahsia yang dititipkan buat setiap hamba Nya.

 

Semalam, ada suatu hal yang membuatku tersenyum panjang. Sahabatku, Jenny mengirimkan mesej dan mengatakan bahawa dia bermimpi tentangku. Ish, macam-macam kan? Yang lebih buat diriku hendak tersenyum panjang adalah keseriusannya dalam memberitahuku perihal mimpinya itu.

“Mimpi nik gembira,” katanya.

Aku sekadar tergelak kecil saat membaca kirimannya itu.

“Entahlah pelik je nik gembira .. pencuri masuk rumah nik pun gembira,”

“Kita tak main2 nik,” itu mesej seterusnya dari sahabatku itu.

Aku ketawa kecil lagi. Damai hati dengan telatah sahabatku yang sering membuat senyuman melingkar di bibir apabila membaca mesej daripadanya :tongue:

Syukran sahabat atas segalanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebalik mimpimu itu. Ku doakan dirimu bahagia selalu.

 

Hari ini teman sekelas pula menegurku,

“Ceria je kak, ada apa ni?” soalnya. Aku tergelak.

Ceria apanya. Malam ni ada test, kot la nak happy sangat pun. Hehe. Mungkin damai yang Allah kirimkan, ingin ku kongsi buat semua insan yang ada di sekelilingku. Moga mereka terbius sama.

Bak kata satu pepatah,

“Laughter is the sun that drives winter from the human face.”

 

 

Subhanallah allahuakbar alhamdulillah ~

 

Meski jadualku harianku makin padat untuk Disember dan Januari akan datang, Allah itu Maha Adil. Diberikan kelancaran dan kemudahan dalam setiap urusanku dan sahabat-sahabatku. Alhamdulillah. Ternyata di celah-celah kesibukan yang hanya Allah sahaja yang Tahu, banyak hal yang dapat ku selesaikan. Berkat bantuan teman-teman dan doa daripada ummi serta sahabat-sahabat yang sentiasa ku sayangi. Syukran kathiran :wink:

 

* * *

Ma’an najah fil imtihan buat semua yang sedang menghadapi peperiksaan dan ujian. Moga setiap usaha dan kesungguhan kalian menjadi asbab kepada kejayaan yang Allah janjikan itu. Yang paling penting adalah keredhaan Allah dalam setiap langkah yang kita semua ambil. Andai ada yang pincang, sama-samalah kita memperingati dan perbaiki. Insya Allah kita semua dalam perhatian dan pengawasan Allah selalu.

 

Buat yang sedang diuji dengan pelbagai ujian yang meresahkan hati, sahabatmu ini mendoakan agar keresahan itu segera pergi amiiin :roll:

Nyatanya, ujian itu adalah rencah penting dalam hidup kita selagi kita adalah milik Allah. Bahagialah sahabat-sahabatku yang sedang diuji, tahulah kalian bahawa kalian sedang dilimpahi kasih sayang dari Allah. Ambillah ujian itu sebagai titik untuk mendekatkan diri kepada Nya.

Luahkan segala yang terbuku di hati pada Nya. Andai sukar untuk dikisahkan pada teman mu, berkisahlah pada Allah. Kerana Dia tidak pernah tidak memahamimu, Dia tidak pernah jemu mendengar celotehmu, Dia sentiasa ada untuk menjaga hatimu.  

 

* * *

 

Sedikit perkongsian ilmu buat kalian. Potongan hadith-hadith dari riwayat Imam Bukhari dan Imam Malik untuk kalian :cool:

 

Bukhari :: Book 8 :: Volume 76 :: Hadith 425

Narrated Mujahid:

'Abdullah bin 'Umar said, "Allah's Apostle took hold of my shoulder and said, 'Be in this world as if you were a stranger or a traveler." The sub-narrator added: Ibn 'Umar used to say, "If you survive till the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive till the morning, do not expect to be alive in the evening, and take from your health for your sickness, and (take) from your life for your death."

 

Malik :: Book 59 : Hadith 59.1.1

Yahya related to me from Malik that he heard that Luqman al-Hakim made his will and counselled his son, saying, "My son! Sit with the learned men and keep close to them. Allah gives life to the hearts with the light of wisdom as Allah gives life to the dead earth with the abundant rain of the sky."

 

Malik :: Book 47 : Hadith 47.2.9

Yahya related to me from Malik from Salama ibn Safwan ibn Salama az-Zuraqi that Zayd ibn Talha ibn Rukana, who attributed it to the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, 'Every deen has an innate character. The character of Islam is modesty.' "


Saat jiwa diberi makanan rohani =)

Posted on November 10, 2009 at 1:16 AM Comments comments (0)

Masya Allah … tabarakallah ~

O Allah I call for strength and patient. I may be a dreadful servant of yours but I still want your sympathizes. Truthfully, I’m in the middle of something that bothering me. Either you gave me that ‘test’ to increase my level as a servant upon you OR it’s a reminder for me to watch out my steps ~ only you know the best. It’s just that I’m begging you, Allah to guide me throughout the right path and hold my hand tight, so that I will never fell down terribly.

Please Allah makes my heart tougher than ever. I just do not want this matter tend to be something that will ruining my principle all this while. Yes, the folks may say it is nothing to ponder upon. But as for me, it is the first step of precaution. I can not imagine what this person’s agenda, behind all this is. What I can say is you know about certain something the best.

Though, this situation kind of fifty percent similar of what had happened previously. But, still. I’m hardly managing it well.

If I think about ‘this’ irrationally, it heat my temper up. If I took ‘this’ rationally, it will makes me sad. Allah once said, “La yukallifullah illa wus’aha.”

There must be great outcome behind all this. Insya Allah, I will try my best to calm down and manage it wisely. Please pray for me ya ~


* * *


Alhamdulillah … I know he always listen to my little voice. Thank you Allah for the care and love you are willing to pour upon me =)

Maybe this time is a ‘finally’ decision I have made that makes that person REALLY understand what I meant by ‘stop bugging me’.


THANK YOU ALLAH! I LOVE YOU SO MUCH.

Hasbi rabbi jallallah, ma fi qalbi ghairullah …


“It is he who has made you (his) agents, inheritors of the earth: He has raised you in ranks, some above others: that He may try you in the gifts He has given you: for your Lord is quick in punishment: yet He is indeed Oft-Forgiving, Most Merciful.”

Suraah al-An’am 6 : 165




* * *


Biiznillah my semester started with calm and peace. Tough I and my friends have been tested with a lot of obstacles and little adventures here and there. Heheh. I bet those are how Allah teaches us to be better and tougher. Plus, matured! Yeah, amiiin =)








My birthday anniversary! Ops. Am I compatible to use that ‘anniversary’ word?? Hurm, ok je kan? Heheh.

A lot of my beloved family and friends wished me ‘Happy Birthday’. Million of thanks to all of you will not enough to capture how much I am grateful to received them.




Thanks … thanks … and thanks again. Hugs and kisses to all of you.

Gifts from Allah ~

I never am able to count them well, throughout my entire life.

I am likely to be breathless without you, Allah.

Ok, I may stop right now. I have to attend lecture and classes after this. Insya Allah I will write more soon.

Pray the best for me dear sahabah. Love from me! Mwah.

“By different methods, different men excel.

But where is ‘he’ who can do all things well.”

Charles Churchill.

Pesta Buku @ PWTC

Posted on April 23, 2009 at 1:54 PM Comments comments (2)

Assalamualaikum buat semua sahabat yang disayangi

Bila sahaja menyebut tentang Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC baru-baru ini, pasti sang ulat buku akan bersinar-sinar wajahnya :D Meski aku bukan termasuk kategori ulat buku, tapi minat pada buku tetap membuat aku tak ingin melepaskan peluang untuk ke sana. Saat melangkah turun dari komuter, semangat kian membara. Heheh. Biarlah dirahsiakan tarikhnya. Baraan semangat aku dan seorang sahabatku nyata pudar apabila kami bertemu dengan suatu insiden yang sukar untuk ditafsirkan. Bagiku, insiden itu agak membuang masa kami dan menjengkelkan hati kami. Namun, di penghujungnya aku berharap insiden itu mampu membuahkan motivasi diri buat kami dan si pengundang insiden itu insya Allah :cool: 

Belum pun beberapa langkah kami memasuki pintu gerbang, kami disapa oleh seseorang. Ha, suspen je bunyinya kan?? Hihi. Pada mulanya kami diajak ke booth mereka untuk ditemubual tentang beberapa soalan. Tetapi, amat menyedihkan. Tatkala 5 @ 10 minit bertukar menjadi lebih 1 jam :( Ya Allah, hendak meletup juga kiranya hati kami. Cara dan kata seolah-olah hanya dia yang tahu. Ucapan dan bidasan seolah-olah hujahnya saja yang tepat. Gaya dan mimik seolah-olah kami ini baru hidup setahun di bumi Allah ini :mad: Astaghfirullah.

Antara kesabaran dan keyakinan diri. Seelok boleh kami menjaga tutur kata dan tingkah laku. Tidak mahu jika amarah yang tidak terkawal akan menitikkan setitik nila dalam persepsi sebelanga susu si pengundang insiden. Na’uzubillah. Diawali dengan dialog yang berjaya aku kesan ingin memancing pemikiran kami. Aku sudah memasang perangkapku. Sahabatku saat itu hanya mampu bersuara sedikit-sedikit lantaran sedang tidak sihat :unsure: Aku harus bertindak, itu kataku. Masa semakin banyak diambil. Masa kami bukan hak dia tapi hak Allah. Sedikit demi sedikit aku keluarkan senjata rahsiaku. Semuanya atas izin Allah :wink: Hingga di pertengahan waktu, aku sedar tangannya menggigil, kata-katanya bagaikan diulang-ulang dan anak matanya seakan tidak keruan. Subhanallah semua ini atas kekuasaan Mu ya Allah :)

Sahabatku seakan ‘diserang’ :mad: Mungkin itu adalah cara dia melampiaskan kegugupannya. Situasi itu aku manfaatkan sebaiknya. Beberapa potongan ayat al-qur’an kuhembuskan ke arahnya. Beberapa nama Allah ku ulang-ulang lantas meniatkan agar Allah membantu kami. Subhanaallah allahuakbar alhamdulillah :) Usai tindakan ku itu, hatinya seperti dilembutkan Allah, dia menamatkan segalanya dengan memohon maaf dan menanyakan keputusan kami. Tegas ku jawab, “I’ll stick to my stand. Sorry.” :tongue:

Sahabatku juga begitu. Dalam kesakitan, ketegasan dari sahabatku mampu menerangkan seberapa kuatnya kami pada apa yang kami pegang. Insya Allah :cool:

Kata-kata akhirku kepadanya mungkin sedikit sebanyak akan membuka mindanya bahawa di dunia ini masih banyak hal yang perlu difikirkan. Apa yang kami boleh simpulkan pada insiden itu adalah,

“Tidak semua usaha yang gigih akan diberikan kejayaan. Kerana Allah lebih tahu apa sebaiknya untuk kita. Mungkin saja dengan kegagalan sekali ini, kita bisa mempelajari sesuatu. Mungkin esok-esok, Allah akan kurniakan hal yang lebih baik dari apa yang kita harapkan. :wink: Jangan pernah berhenti berusaha dan berdoa, itulah kunci seorang muslim yang disayangi Allah."

* * *

Hari itu sangat meletihkan bagi kami. Insiden yang tidak terduga, syukur kerana Allah dekat dengan kami dan sentiasa menghulurkan bantuanNya saat kami membutuhkannya :D Thank you Allah. We’ll always love YOU :)

Memendekkan entry kali ini, sahabatku mendapatkan beberapa buah novel yang dipesan oleh adiknya dan juga untuk dirinya. Aku mencari buku yang dipesan umi untuk digunakan di kelas usrahnya. Lantas, mencapai sebuah ‘Criminal Procedure Code’ yang sudah lama ku idamkan. Heheh, dapat potongan 10% pun jadilah. Sebuah lagi, ku dapatkan novel berjudul ‘After the Rain’ karangan Alma Zakiya. Lama tak beli novel sejujurnya heheh. Terkejut juga pada awalnya kerana novel ini diterbitkan oleh Alaf 21. Tahniah buat Alaf 21 kerana melangkah lebih jauh dengan menerbitkan barisan novel berbahasa Inggeris (BLOOM Novel).

Ku lihat, bahasa yang digunakan sangat menarik, jalan cerita juga sesuai untuk bacaan santai, tetapi memberikan inspirasi dihujungnya. Itu yang penting. Moral values :wink: Yang pasti, saat mata melihat secara rambang ke dalam novel itu, salah satu nama wataknya adalah ‘Adibah’ :lol: Hehehe. Sahabatku tergelak melihatkan reaksiku apabila membicarakan hal itu. “Huhu, patut pun!” katanya. Aku hanya mampu tersenyum :roll:

Perjalanan pulang yang mencetuskan ketawa tiada hujungnya :lol: Kami belajar dari kesilapan bukan pengalaman hehehe. Tentang apa, di mana, dan bagaimana ... biarlah rahsia ^_^

If you make people happy today, you also make them happy 20 years from now; at the time they recall that moment.

(Sydney Smith)

~ Jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam ~ :cool:


Webs Counter

Recent Videos

272 views - 0 comments
303 views - 0 comments
330 views - 0 comments

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook