Read, Discover, Understand and Learn

Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Semalam

Bayt al-Qalb

bayt al-jadid

Posted on December 6, 2009 at 3:15 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum to all my dearest friends and mostly to invisible visitors

that always pray the best for me ...

May Allah grant all of you prosperous and good health amiiin!

A new template and a little transformation to my 'bayt' ~ Hope all of you feels calm and peace each time visiting my tiny personal web pages.

These changes, including transferring a few pages to another web log. Plus, I am adding my own social network pages at this moment. InsyaAllah, all of you can click at Goldtinted's Link to find out more.

* * *

Last week, my faculty held quite a big event for 4 days, started on 1st Dec to 4th Dec 2009. This named as “Legal Week”. Huhu. Two thumbs up to the crew of planning this big event since last semester. Though, I still can see a lot of lacking in handling the program that came from irresponsible team members. Well, it happens in any event organizing though. So, the tentative and slots pack between those 4 days quite amazing and exclusive. Mabruk to all!

Alhamdulillah, I manage to join a few slots within my pragmatic days. Fuh! Then the best part came. Heheh. Allah destines the whole thing. On Saturday morning, I arrived home at 8am then rushed to PAKSI program at 9am :) Hehe.

Before I forget, PAKSI held this program under name of "FUN @ Masjid". This program detained for primary student from standard one to standard six. Alhamdulillah, almost 100 participants come for registration. The program started from 8 am till 4:30 pm. You notice something weird? Because I said I rushed there at 9, right? Huhu. That's what I called ad-hoc facilitators. Kikiki. InsyaAllah. More on this entire program, insyaAllah I'll post it on next entry. Altogether with pictures. :)

* * *

Ya sahibah, please pray for me. This week going to be my presentations week, tests week, submitting assignments week and attending invitation week. Pray that I manage to cope with all that smoothly biiznillah :)

Not to be forgotten ~ my prayer to all of my dearest sahabah and lovely visitors, may Allah help you strive for the best and lead you with HIS mahabbah hand towards mardhatillah amiiin.

Lots of love from me to you, mwah!

~ end ~

Posted on November 24, 2009 at 11:22 AM Comments comments (0)
salam kasih ~ salam sayang buat semua :)

salam aidiladha ~ moga iktibar dari kisah anbiya' kita sama2 jadikan teladan insyaAllah.

Cuti semester baru bermula. Tak lama, cuma seminggu tapi memadai bagiku. Lebih lama, pasti lebih banyak kelalaian yang aku cipta. Almaklumlah, di rumah :D

Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri. Makanan hati, makanan jiwa & makanan rohani. Segera, segera. Aku perlukannya. 

Alhamdulillah, separuh diriku masih sedar akan tugasan yang dikirimkan pensyarah2 kesayanganku sepanjang cuti ini. Syukran :wink: Andai bebas dari tugasan, pasti lebih parah leka ini. hehehe.

Semester dah di pertengahannya, subjek pun agak banyak. Mohon doa dari semua agar diri yang lemah ini bisa lebih bersemangat & berusaha & insyaAllah lebih berjaya dari yang sebelumnya :roll:

Terasa jadualku sangat penuh untuk disember & januari akan datang. Lebih2 lagi di hujung minggu. Tak boleh diubah lagi nampaknya. Harap2 tiada yang keciciran. 

Alhamdulillah ~ sabtu lepas (21 nov) sempat menyertai aktiviti KTI (Komuniti Teman Inteam). Biarpun bukan ahli KTI yang aktif. Dapat bantu ainur di dapur sudah cukup buat diri ini bahagia. Gabungan cik nik & cik jenny a.k.a hulubalang ainur pada sabtu lepas betul2 menyimpan seribu satu rahsia. heheh. 

Adik2 di Baitu Saidatina Khadijah, Gombak sangat best. Biarpun tidak ikut serta sebagai fasi sepanjang program, kewujudanku dirasai salah seorang penghuni rumah itu. Seorang adik perempuan memeluk leherku erat, lantas mencium kedua belah pipiku saat aku minta diri untuk pulang. Tergamam dibuatnya, aku tak sangka. Sayu di hati apabila satu ucapan keluar di bibir mungilnya itu, "Akak, nanti datang lagi ye." Pantas ku jawab, "Mesti datang, insyaAllah." :) 

* * * 

Dikesempatan ni, ingin ku ucapkan tahniah & selamat berbahagia untuk teman seperjuangan DSPI yang baru melangsungkan walimah bbrp mggu lepas ~ Faizatul Akma @ apai :D 

Bakal melangsungkan minggu hadapan ~ Nurin Izyani pada 12hb disember & Hafizah Isa 13hb disember insyaAllah ... smg walimatul urus kalian berjalan lancar. 

Oh tak lupa, sepupu sendiri. Heheh. 12hb juga. Tahniah untuk kak yani :D
Akan datang nanti ~ we'll wait and see huhu. 

* * *

I'll stop waiting. I want to put an end to the waits :) It does not mean that my faith has fade. It just that I think this is the full stop of a wait. Nothing more than that. 


usaha untuk menaip ~

Posted on September 25, 2009 at 3:01 AM Comments comments (0)

Salam aidilfitri buat semua sahabat yang disayangi  :) Sedih pula bila Ramadhan dah berlalu pergi. Moga aku masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang insya Allah :) 


Nampaknya macam cik nik adibah najihah betul2 'berpuasa' internet. Heheh. Kadang-kadang suatu hal yang tidak sengaja dielakkan itu adalah yang terbaik Allah dah rancang untuk kita. Setelah bermuhasabah, aku mulai mengerti mengapa & kenapa. Jawabannya, biarlah ku simpan di qalb ku sahaja  ;) Sungguh, Ramadhan yang lepas benar2 memberikan ketenangan buatku. Tambahan pula 3 minggu awal Ramadhan adalah tempoh peperiksaan akhir semesterku. Minggu terakhir berpuasa, aku sudah mula bercuti semester. Sangat tenang bila musim peperiksaan dalam bulan suci itu. Hanya Allah yang Tahu sedamai apakah qalb ku saat itu. Alhamdulillah :) 






Cuti 5 minggu? Adeh, lama tu. Hati dah menggamit untuk kembali ke KUIS. Uwaaa! Tell me, how am I gonna do. Isk, cik nik ni pelik. Orang kalut nak cuti, dia pulak kalut nak ke sana (mungkin itu omelan sahabat2ku di kala membaca ayat ini hihi) :tongue: 


Syukur yang tak terhingga ku panjatkan buat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya berjuang di medan ilmu Nya :) Subhanallah, indahnya sukar untuk ku gambarkan. Kekuatan kita terletak pada kuatnya tali ukhwah antara kita. Walau kita baru mengenali, namun, banyak kenangan indah yang tercipta dengan kalian. Syukran kathiran! Sahabat2 seperjuangan yang tak putus2 memberikan semangat. 








Ya, najah yang kita mahukan bukan untuk seorang tapi untuk kita semua! Sahabat2 seperjuangan SMSU 3 ~ semoga kita semua beroleh najah fil imtihan niha'ie saabiqan amiiin :) 


Buat adik2ku sayang semuanya ~ Diba, Iqa, Daya, Fawa, Bella, Nurul, Mimi, Sasha, Jannah ... salam kerinduan dari akak. Ukhwah kita selamanya insya Allah. 








Thanks sebab korang selalu ceriakan hari2 akak ~ sentiasa doakan akak ye. Sayang adik2 akak semuanya !!!


* * *


Insya Allah Oktober nanti, bermulalah semester baru. Cepat sungguh masa berlalu. Ya Allah, janganlah Kau letakkan aku di kalangan manusia yang leka & tidak berbuat hal yang berfaedah di waktu lapang yang Kau telah anugerahkan. Amiiin. 




Sahabat2, mohon doa agar diri ini lebih tegar dari yang sebelumnya dalam menghadapi banyak hal yang sukar dijangka. Diri ini sangat lemah andai dihujani ujian2 yang berat, sungguhpun aku tahu Allah akan menguji sesuai dengan kemampuanku. 


" Usa'id bin Hudair berkata: Semoga Allah memberikan balasan baik kepadamu.

Demi Allah, tidak pernah terjadi satu pun peristiwa yang tidak engkau sukai melainkan Allah menjadikan kebaikan untukmu."

 :)


sukar ditafsir semuanya

Posted on July 5, 2009 at 8:15 AM Comments comments (0)

Assalamualaikum buat semua sahabat yang disayangi selalu

Pertama-tamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kesempatan bagiku berkongsi sesuatu dengan kalian di sini. Meski perkongsian ini bukanlah suatu yang luar biasa, namun ku harapkan ia sentiasa mampu membuahkan sejuta rasa kecintaan :wink: pada Allah dan Rasul Nya insya Allah ...

Minggu lepas, aku dihambat kesibukan duniawi yang agak melelahkan. Sungguhpun begitu, tak sekalipun aku berputus asa & mengeluh. Insya Allah. Ku gagahkan diriku yang sedang diuji dengan sedikit kesakitan. Natijah kealpaan ku sendiri, hujan yang selayaknya menjadi rahmat buat bumi ini berubah kesannya kepada musibah buatku :( . La haula wa la quwwata illa billah ... Alhamdulillah, syukur atas kasih dan sayang Nya kerana aku diberikan nikmat kelancaran dalam setiap urusanku sepanjang minggu yang berlalu ... Allahuakbar!

Allah Maha Teliti dalam PerancanganNya ~ pemikiran aku sebagai hamba itu terlalu terhad dan tidak mampu menjangkaui sempadan masa Penciptanya. Tatkala aku menghitung bahawa aku bakal tidak dapat menghadiri reunion bersama sahabat2 seperjuanganku :(, Allah berkata yang sebaliknya. Ternyata, perkiraanku tentang aktiviti kayak pada 4hb yang lepas telah ditunda ke 18hb akan datang insya Allah. Alhamdulillah :D Seawal mungkin ku khabarkan pada cik Yumiza, selaku pihak penganjur a.k.a tuan rumah.

Kelas 5 Budiman 2003, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 tetap di qalb ku. Ukhwah fillah antara kita pasti selamanya. Aminnn. Kita dipertemukan dan dipisahkan pasti ada hikmahnya. Menghitung hari yang kita lewati, sudah 5 tahun rupanya kita semua tidak bertemu. Allahuakbar! Masa begitu pantas berlalu. Meski tidak semua yang dapat hadir, kerinduanku pada kalian seakan terubat. Agaknya, kalian sudah menyuntik ‘ubat’ yang paling mujarab buatku. Heheh. Maklumlah hampir kesemua di kalangan antum tegar menongkah arus di bidang perubatan. Syabas dari sahabatmu. Mabruk!

* * *

Mengimbas hari sebelumnya, aku dan sahabatku, ruzaini @ nama manja yang ku beri padanya (cik jenny) hihi ~ bersama-sama menyiapkan chocolate cake & carrot cake untuk dibawa pada hari Sabtu itu. Temanya adalah potluck. Maka, ini sahaja idea yang keluar dari kami. Usai pulang dari KUIS malam itu, abang dan umi terus menghantarku ke rumah Jenny. Memulakan projek membuat kek dalam keadaan ketawa yang bersisa. Entah apa yang kami bualkan, semuanya tiada hujung dan pangkal. Hehe. Itulah tradisi kami kalau bersua ;) Mengusik, membalas, mengusik & terkena lagi. Hihi.

Jutaan terima kasih buat keluarga kami berdua yang amat memahami :wink: Proses demi proses dan alhamdulillah kek kami selesai lebih kurang jam 1 pagi (Sabtu) :D 

Meski mata hampir terkatup dek kelelahan aktiviti di siang hari, namun insya Allah sepenuh hati kami melakukannya dengan ikhlas. Khas buat teman-teman yang sudah sekian lama tidak bertemu. Moga rasa kasih dan sayang kami itu terluah pada hasil tangan kami yang tidak seberapa itu. Amiiin ...

* * *

04072009 ~ Kenangan Terindah

... ... ...

Sesungguhnya sukar untuk aku nukilkan. Indah. Laksana memulakan semula ukhwah itu dari permulaannya. Rindu. Ternya kita sudah tua dimamah usia. Damai. Kematangan kita didorong pengalaman. Subhanallah!


























Special credit goes to the photographer that turn those moments into something memorable to ponder upon ~ Miss Yumiza and the rest :) Arigato!

* * *

Kehadiran Ustazah Raihan & Cikgu Fuziah (selaku tuan rumah) amat mengharukan. Lihatlah duhai ‘mentari kami’, anak didikmu kini berkumpul di hadapanmu. Mungkin kami nakal dahulunya, sering memeningkan kepalamu ~ sekarang, inilah kami anak didikmu yang dahulu. Terima kasih cikgu-cikgu & ustaz ustazah atas ilmu yang dicurahkan. Sesungguhnya di situlah keberkatan bagi kami.

Terkadang perubahan itu perlu. Terkadang kekal itu perlu.

Terkadang kedua-duanya sama perlu.

Apa jua sahabat-sahabatku, antum masih kekal diingatan. Sama seperti di 5B dahulu. Insya Allah! Sungguhpun, ada antara kita yang tidak pernah berbual bersama. Tapi, indahnya ukhwah semasa di bangku sekolah itu tetap ada.

Kita semakin matang seiring usia, ada banyak hal yang perlu diambil kira. Mungkin, lima tahun yang lalu kita bisa menganggap ia tiada apa-apa. Kemudian, melihat setahun yang lalu hal itu biasa sahaja. Mungkin seminggu yang lalu, dirasakan ia hal yang biasa. Tapi, manusia itu berubah ke arah yang lebih baik dari hari yang sebelumnya.

Maafkan sahabatmu ini andai ada kata yang sukar dimengerti, andai ada tingkah yang susah difahami, andai ada perhitungan yang salah dijelasi. Diriku hanya insan lemah yang kadang iman dan hatinya tersasar jauh dari jalan Tuhan. Maafkan, andai dirimu sahabat ku jerat bersama.

'lil girl & the Almighty Allah

Posted on June 8, 2009 at 7:58 AM Comments comments (0)

Salam kesejahteraan buat sahabat-sahabat yang dikasihi selalu. Semoga kalian sentiasa di bawah payungan kasih sayang Allah amiiin :)

Kuliah pagi ini pada jam 9, masih sempat kiranya aku mencoret sesuatu di bayt al-qalb.

“Mulakan harimu dengan senyuman.”

Pasti sahabat sentiasa mendengar kata-kata ini. Ya, pagi ini aku bangun sambil tersenyum walaupun mataku masih terpejam. Pasti Diba pelik dengan tingkahku. Hehehe. Hujung mingguku terasa bahagia, dipenuhi dengan hal-hal yang kurasakan bermanfaat. Alhamdulillah :D

Musim walimah dan mengikat tali pertunangan buat sahabat-sahabatku telah tiba. Pada Sabtu yang lepas, Shida selamat diijab qabulkan alhamdulillah! Mabruk ya ukhti! Hampir 4 semester kami berkongsi bilik, subhanallah indahnya persahabatan kami. Meski nik tak dapat turun ke Kuala Kangsar, ingatan dan kasih sayang sentiasa diutus dari jauh insyaAllah. Buat shida, semoga tabah menelusuri hidup sebagai isteri. Didoakan semoga Allah merahmati kehidupan berkeluarga Shida dan suami amiiin :wink:

Minggu hadapan ada yang akan bertunang dan walimah :cool: Gembira tatkala mendengar berita-berita sebegini dari sahabat-sahabat seperjuangan. Moga Allah merahmati kelancaran majlis antum amiiin.

Abu Umamah r.a. memberitakan, Nabi s.a.w bersabda:

“Siapa kasih kerana Allah, benci kerana Allah, memberi kerana Allah dan tidak memberi kerana Allah, maka sesungguhnya sempurnalah keimanannya.”

(HR Abu Daud: Sahih)

* * *

“Jaga hati, jaga iman, tundukkan pandangan ye nik”

Insya Allah duhai sahabat sayang, peringatanmu sentiasa terpahat di qalb sahabatmu. Saat mengingat perbualan kita tempoh hari, air mata mulai menitis. Sungguh rahsia Allah itu Maha Luas. Allahuakbar! Sahabat, cubaan ini sangat besar. Meski yang terdahulu hampir sama, namun kali ini sangat menyesakkan hati sahabatmu. Ku dambakan doa dari mu sahabat, semoga sahabatmu ini sentiasa tegar menghadapi semuanya.

“Allah nak uji sejauh mana cinta nik pada Allah.”

Ya, sahabat. Sahabatmu ini menerima dengan redha andai ini percaturan Maha Pencipta dalam menilai cinta sahabatmu pada NYA.

Sahabat, semoga kita sentiasa kuat dalam menghadapi semua ini. Insya Allah :D Andai sahabatmu lemah, sahabatmu tahu pasti sahabatnya akan berdiri memberikan kekuatan buatnya. Ukhwah kita atas nama Allah wahai sahabat. Terima kasih buat doa dan sokonganmu sahabatku, selama persahabatan kita. Hanya Allah yang bisa menilai semua itu :)


Webs Counter

Recent Videos

285 views - 0 comments
315 views - 0 comments
343 views - 0 comments

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook