Read, Discover, Understand and Learn

Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Semalam

Bayt al-Qalb

a good start :)

Posted on January 29, 2010 at 12:20 AM

Bismillahirrahmanirrahim …

 

Selembut kata menyusun bicara,

Seindah bahasa tersusun sempurna,

Kalam diatur memulakan ceritera,

Kemilau sukma menikam jiwa.

 

Bukan berniat ingin berpujangga,

Bukan juga mereka cerita,

Hanya berkisah pada yang selayaknya,

Hanya bermadah tentang yang sepatutnya.

 

Malunya rasa memilih kata,

Menjaring kisah pengganti bicara,

Hinanya diriku di mata Tuhanku,

Moga Kau terima aku di sisi Mu.

 

Buat sahabat2 dan semua yang sudi menjenguk bayt yang serba dhaif ini, ucapan terima kasih ku dahulukan. Maaf jua andai ada tulisan yang sebelumnya mengguris rasa kalian. Diri ini sering alpa dan leka. Lupa dan lagha. Tegurlah andai ada pincang di mana-mana.

 

* * *

 

Cepat sungguh masa berlalu. Dah di penghujung Januari pun ye. Allahuakbar! Benar, Disember dan Januari ku sangat padat. Hanya Allah tempat ku sandarkan segala kelelahanku. Subhanallah. Terima kasih ya Allah :D Tanpa Mu pasti saja aku terumbang ambing, tidak terurus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sepanjang hari2 yang telah berakhir ini.

 

Alhamdulillah ~ Adilnya diri Mu wahai Khaliq ku. Kau berikanku segala kesibukan, namun perancangan dan aturan Mu amat mengharukanku. Sempurna! Allahuakbar! Indah sungguh rasa tatkala seluruh jiwa dan pergantungan, ku serahkan pada Mu ya Allah :roll:

Sejujurnya duhai sahabat2 yang ku sayangi, tiada langsung persediaan yang sewajarnya ku lakukan bagi tiga sesi pembentangan yang lepas. Bagi subjek Ulum al-Qur’an, tajuk kumpulan ku adalah ‘Asbaabunnuzul’ ~ subjek Undang2 Kontrak pula ‘Pelaksanaan & Pelepasan Kontrak di Malaysia’ ~ subjek Islamic Administration & Management pula ‘pembentangan kertas kerja berdasarkan konsep PLOC’.

Waktu pembentangan itulah saat pertama aku membaca bahan yang perlu dihujahkan. Innalillah.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui sederas apakah getaran di hatiku. 

 

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

 

* * *

 

Untuk entri kali ini, insya Allah ada 2 album gambar yang akan ku upload. Satu adalah album sewaktu perkhemahan rekreasi & kembara (group A) di Botanical Garden, Air Keroh pada 15 – 17 Januari yang lepas. Manakala, satu album lagi adalah gambar sewaktu program khidmat masyarakat di Batu 6, Bangi yang berlangsung pada 23 Januari yang lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Berkat doa semua dan tautan hati kita amiiin :wink:

 

* * *

 

Mungkin entri kali ini agak panjang, banyak yang ingin ku kongsikan. Antaranya cebisan isi dari buku kecil yang baru ku perolehi berjudul “Pesonanya Malu”.

 

{ APABILA MALU TIDAK BERFUNGSI ~

Apakah keistimewaan wanita sehingga menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita berbeza dengan lelaki dan mempunyai banyak kelainan.

Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”

HR Baihaqi.

Walau apa pun yang dilakukan oleh wanita, ia tetap menarik perhatian lelaki. Jika dia melakukan sesuatu kebaikan, dia dikagumi. Apabila dia berbuat jahat, dia diminati. Apabila dia memakai pakaian yang menutup aurat, dia dilihat menawan. Apabila berpakaian seksi dilihat menggoda dan macam2 lagi yang menarik perhatian. }

 

{ MALU DI KALANGAN LELAKI ~

Kerana malu, lelaki mengingatkan diri dan wanita tentang batas2 sosial, pergaulan halal dan haram. Kerana malu juga lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. Kini, kebanyakan lelaki sudah hilang malunya. Kerana hilang malu, lelaki mengajak wanita melakukan perkara mungkar. Kerana hilangnya malu, lelaki lupa tentang hukum Allah s.w.t. Kerana hilangnya malu, lelaki mungkin hilang taraf sebagai ‘khalifah’! }

 

{ MALU MELAHIRKAN KASIH SAYANG ~

Malu seorang isteri sebenarnya dibina sejak awal pertunangan. Dalam Islam, urusan peminangan tidak boleh dibuat secara langsung kepada gadis. Urusan peminangan mestilah melalui bapa, ibu atau waris gadis tersebut. Itu adalah adatnya. Seorang gadis pula tidak boleh berkata secara terang bahawa dia bersetuju untuk berkahwin. Jika gadis itu berdiam diri bermaksud dia setuju dengan perkahwinannya. Dari sinilah dikatakan, “malu itu tandanya setuju.” }

 

Kali ini, akan ku biarkan kalian menganalisis dan mendalami maksud di sebalik setiap petikan isi kandungan buku itu. Fahamilah dengan jiwa yang murni, telusurilah dengan mata hati yang terbuka :roll:

 

Dari hadith riwayat Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Apabila seseorang menunjukkan ghairah atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukan, ia akan menjadi keburukan dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan, ia akan menjadi indah.

HR Tirmidzi.


Categories: thanks to Allah, inspirational, this girl

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Webs Counter

Recent Videos

285 views - 0 comments
315 views - 0 comments
343 views - 0 comments

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook