Read, Discover, Understand and Learn

Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Semalam

Bayt al-Qalb

^^ everlasting LOVE ^^

Posted on December 20, 2009 at 8:15 PM

Salam kasih … salam sayang

buat semua yang kukasihi dan kusayangi kerana Nya :D

 

Kita sudah melewati tahun baru hijrah dengan izin Allah yang Maha Pemurah.

Andai kita tidak diberikan keizinan ini, mungkin sahaja kita tak akan pernah mampu melalui hari-hari ini dengan selamat dan teratur. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas segala kemurahan dan kemuliaan Rahmat Mu.

Hanya pada Mu kami sujud menyembah, hanya pada Mu kami tangis mengadu, hanya pada Mu kami kekal memohon.  

 

* * *


Sabtu yang lepas, Allah jua yang memberikan aku kesempatan meng upload gambar-gambar di program ‘Fun @ Masjid’ yang ku janjikan tempoh hari. Di samping itu, ada lagi dua album yang terdapat di Goldtinted’s Gallery. Sedikit akan ku ceritakan tentang gambar-gambar tersebut. Untuk gambar walimah yang mana pengantinnya sangat cantik! Hehe. Itu sahabatku, Hafizah bt. Isa. Kami  sama-sama pernah berkongsi suka duka sewaktu diploma dahulu. Di tahun akhir pengajian, kami ditaqdirkan menyewa rumah yang sama dan menghuni bilik yang sama. Subhanallah! Indahnya saat itu. Aku tahu bertemunya kami pasti akan membibitkan banyak kenangan manis dalam diri kami masing-masing.


Manakala, untuk gambar yang latarbelakangnya sangat ceria itu pula adalah gambar-gambar ketika rakaman rancangan TV terbitan JAKIM. Perincian tentang rancangan tersebut, sila klik link ini :D Seramai 40 pelajar muslimat dari KUIS yang turut serta sebagai penonton rancangan 'Adik-adikku' tersebut. Kami dijemput untuk menjadi penonton bagi peringkat separuh akhir kedua (sebanyak 3 episod). Subhanallah adik-adik yang menyertai program realiti ini sangat hebat! Aku kagum. Di samping para 'Murabbi' a.k.a mentor mereka yang bukan calang-calang figure juga. Nantikan siarannya ya ~ bagiku ini adalah medium ilmiah yang sangat baik untuk melatih & mentarbiah 'buluh' yang masih 'rebung'. Semoga kita yang sudah 'rebung' ini juga mendapatkan input yang banyak dari mereka insya Allah :)

 

* * *

 

29 Disember 2009 ~ Selasa

 

Hari ini rasa ingin senyum selalu. Entah kenapa. Subhanallah. Indahnya ketenangan yang Allah anugerahkan buatku. Damainya hati ini. Sedari semalam ku rasakan damai itu. Sungguh Allah itu Maha Mengetahui setiap rahsia yang dititipkan buat setiap hamba Nya.

 

Semalam, ada suatu hal yang membuatku tersenyum panjang. Sahabatku, Jenny mengirimkan mesej dan mengatakan bahawa dia bermimpi tentangku. Ish, macam-macam kan? Yang lebih buat diriku hendak tersenyum panjang adalah keseriusannya dalam memberitahuku perihal mimpinya itu.

“Mimpi nik gembira,” katanya.

Aku sekadar tergelak kecil saat membaca kirimannya itu.

“Entahlah pelik je nik gembira .. pencuri masuk rumah nik pun gembira,”

“Kita tak main2 nik,” itu mesej seterusnya dari sahabatku itu.

Aku ketawa kecil lagi. Damai hati dengan telatah sahabatku yang sering membuat senyuman melingkar di bibir apabila membaca mesej daripadanya :tongue:

Syukran sahabat atas segalanya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di sebalik mimpimu itu. Ku doakan dirimu bahagia selalu.

 

Hari ini teman sekelas pula menegurku,

“Ceria je kak, ada apa ni?” soalnya. Aku tergelak.

Ceria apanya. Malam ni ada test, kot la nak happy sangat pun. Hehe. Mungkin damai yang Allah kirimkan, ingin ku kongsi buat semua insan yang ada di sekelilingku. Moga mereka terbius sama.

Bak kata satu pepatah,

“Laughter is the sun that drives winter from the human face.”

 

 

Subhanallah allahuakbar alhamdulillah ~

 

Meski jadualku harianku makin padat untuk Disember dan Januari akan datang, Allah itu Maha Adil. Diberikan kelancaran dan kemudahan dalam setiap urusanku dan sahabat-sahabatku. Alhamdulillah. Ternyata di celah-celah kesibukan yang hanya Allah sahaja yang Tahu, banyak hal yang dapat ku selesaikan. Berkat bantuan teman-teman dan doa daripada ummi serta sahabat-sahabat yang sentiasa ku sayangi. Syukran kathiran :wink:

 

* * *

Ma’an najah fil imtihan buat semua yang sedang menghadapi peperiksaan dan ujian. Moga setiap usaha dan kesungguhan kalian menjadi asbab kepada kejayaan yang Allah janjikan itu. Yang paling penting adalah keredhaan Allah dalam setiap langkah yang kita semua ambil. Andai ada yang pincang, sama-samalah kita memperingati dan perbaiki. Insya Allah kita semua dalam perhatian dan pengawasan Allah selalu.

 

Buat yang sedang diuji dengan pelbagai ujian yang meresahkan hati, sahabatmu ini mendoakan agar keresahan itu segera pergi amiiin :roll:

Nyatanya, ujian itu adalah rencah penting dalam hidup kita selagi kita adalah milik Allah. Bahagialah sahabat-sahabatku yang sedang diuji, tahulah kalian bahawa kalian sedang dilimpahi kasih sayang dari Allah. Ambillah ujian itu sebagai titik untuk mendekatkan diri kepada Nya.

Luahkan segala yang terbuku di hati pada Nya. Andai sukar untuk dikisahkan pada teman mu, berkisahlah pada Allah. Kerana Dia tidak pernah tidak memahamimu, Dia tidak pernah jemu mendengar celotehmu, Dia sentiasa ada untuk menjaga hatimu.  

 

* * *

 

Sedikit perkongsian ilmu buat kalian. Potongan hadith-hadith dari riwayat Imam Bukhari dan Imam Malik untuk kalian :cool:

 

Bukhari :: Book 8 :: Volume 76 :: Hadith 425

Narrated Mujahid:

'Abdullah bin 'Umar said, "Allah's Apostle took hold of my shoulder and said, 'Be in this world as if you were a stranger or a traveler." The sub-narrator added: Ibn 'Umar used to say, "If you survive till the evening, do not expect to be alive in the morning, and if you survive till the morning, do not expect to be alive in the evening, and take from your health for your sickness, and (take) from your life for your death."

 

Malik :: Book 59 : Hadith 59.1.1

Yahya related to me from Malik that he heard that Luqman al-Hakim made his will and counselled his son, saying, "My son! Sit with the learned men and keep close to them. Allah gives life to the hearts with the light of wisdom as Allah gives life to the dead earth with the abundant rain of the sky."

 

Malik :: Book 47 : Hadith 47.2.9

Yahya related to me from Malik from Salama ibn Safwan ibn Salama az-Zuraqi that Zayd ibn Talha ibn Rukana, who attributed it to the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, 'Every deen has an innate character. The character of Islam is modesty.' "


Categories: thanks to Allah, this girl, inspirational

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Webs Counter

Recent Videos

267 views - 0 comments
297 views - 0 comments
326 views - 0 comments

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook