Read, Discover, Understand and Learn

Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Hari Semalam

Bayt al-Qalb

~ He Knows The Best ~

Posted on May 18, 2010 at 1:53 PM

Segala puji-pujian setia ku panjatkan pada yang Maha Esa ~ Alhamdulillah :)

 

Senyapku bukan kerana tak rindu

Diamku bukan kerana tak mengingatkanmu

Tapi, senyap dan diam itu ...

Ku terjemahkan melalui doaku padamu

Moga dalam lindungan Allah selalu

Moga senyum dan bahagia sepanjang hidupmu

Semoga ukhwah kita mekar hingga ke hujung waktu

Amiiin ...

 

* * *

 

Sukar untuk ku ungkap dengan kata

Payah untuk ku berkisah dengan susunan bahasa

Rumit andainya diurai dengan alunan nada

Hanya secalit rasa yang penuh makna

Tanpa ada penjelasannya

Hanya Allah yang Maha Esa

Arif akan setiap jawabannya

 

* * *

 

Ada pokoknya, tiada buahnya

Ada akarnya, tiada tunjangnya

Ada cahayanya, namun belum ku temui maksudnya

 

Hati tak gundah

Jiwa tak resah

Iman tak goyah

Hanya, nafsu yang terkadang sering berbalah

 

Dekat hujungnya

Jauh permulaannya

Entah bagaimana

Hendak ku analisis semuanya

 

* * *

 

Bait kata terlihat tak sempurna

Apa kan daya, ini sahaja luahan rasa

Meski ku himpun sekian lama

Tetap jua begini penyudahnya

 

Rangkaian makna tersirat semuanya

Tidak ku sangka begini akhirnya

Mengapa begini entry ku jadinya

 

* * *


Categories: this girl, thanks to Allah

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply Goldtinted
3:56 AM on June 12, 2010 
salam buat sahabat-sahabat semua ...

mungkin ini entry terakhirku di bayt al-qalb :) insyaAllah selepas ini bayt al-qalb akan ada 'bayt' nya sendiri. lihat pada goldtinted's link ya.

ingin ku mulakan segalanya yang baru. biiznillah ada hikmah di sebaliknya! doakan sahabatmu ini.

Webs Counter

Recent Videos

267 views - 0 comments
297 views - 0 comments
326 views - 0 comments

Quote of the Day

Quote of the Day

Share on Facebook

Share on Facebook